
APAKAH CIRI-CIRI KULIT KERING?
- Kasar pada permukaan kulit
- Garis halus kelihatan
- Menggelupas
- Kulit kelihatan kusam
PUNCA KULIT KERING:
- Kurang minum air secukupnya
- Melakukan aktiviti luar (terdedah kepada matahari) dalam tempoh yang lama
- Berada dalam ruangan penghawa dingin
- Penggunaan produk yang tidak sesuai dengan kulit
- Mandi terlalu lama
- Penyakit kulit/alahan
- Gaya hidup (stress, merokok, alkohol, kurang tidur, diet)
PENYELESAIAN MASALAH KULIT KERING:
- Minum air secukupnya
- Gunakan produk penjagaan yang sesuai & lengkap
- Amalkan gaya hidup sihat & diet seimbang
- Elakkan berada di bawah cahaya matahari terlalu lama
Adakah kulit kering boleh menyebabkan jerawat?
Jawapannya: YA!
Kita seringkali terdengar/ terbaca bahawa penyebab pori tersumbat adalah kulit berminyak. Yaa betul, walau bagaimanapun.. kulit kering juga boleh menyebabkan pori tersumbat. Apabila kulit menjadi kering kadar air dalam badan menjadi sedikit dan kekurangan lembapan. keadaan ini memaksa tubuh untuk menghasilkan minyak yang lebih untuk melembap kulit. Namun, minyak yang dihasilkan tidak sampai ke permukaan kulit disebabkan oleh pori yang tersumbat oleh sel-sel kulit mati. Apabila sel kulit mati menempek pada permukaan kulit dan menjadi keradangan (dijangkiti bakteria) jerawat akan terjadi.