Wednesday, 17 February 2016

My Journey

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog ini adalah perkongsian saya sepanjang perjalanan dalam dunia perniagaan Mary Kay.

Nama saya Rosidah, boleh panggil Kak Idah.Saya bermula hanya sebagai pengguna sahaja pada bulan Ogos 2008, sebulan kemudian saya perasan kulit saya yang dulunya berjeragat, kusam, tona kulit tidak sekata, semakin cantik. Bukan saja saya yang perasan, rupa-rupanya suami dan kawan kawan pun mula menyedari perubahan kulit saya.


Pada bulan September 2008, saya mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Marykay dan menjadi Perunding Kecantikan Marykay.Saya hanya menjalankan perniagaan saya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja memandangkan saya bekerja dalam sektor awam.Setiap Sabtu dan Ahad saya akan membuat kelas kecantikan saya.


Sebenarnya saya sudah lama mencari-cari peluang perniagaan kecil-kecilan sekadar untuk menambah pendapatan memandangkan gaji saya dan suami tidak mencukupi. Almaklumlah bukan berjawatan besar,saya hanyalah seorang Pembantu Tadbir biasa.Dengan gaji yang tidak seberapa, agak sukar untuk hidup selesa. Gaji habis untuk membayar hutang hutang sahaja.


Saya sudah biasa hidup susah sejak dari kecil tetapi setelah berkahwin dan mempunyai anak sendiri, saya bertekad tidak mahu mewarisi kesusahan itu kepada anak anak saya.


Permulaan di Marykay saya sangat menyeronokkan dengan untung runcit yang agak lumayan.Bayangkan bulan pertama saja saya sudah dapat untung runcit dalam Rm1200,gaji bersih saya di sektor awam hanya rm800.(pada masa itu)


Saya semakin bersemangat dan nekad untuk meneruskan perniagaan ini. Terdetik di hati saya mungkin di sini lah rezeki saya. Walau bagaimana pun saya tidak pernah terfikir untuk melangkah dengan lebih jauh,Saya tidak terfikir akan mendapat kejayaan kejayaan besar seperti mereka yang telah berjaya di Marykay

Kerana sikap saya yang sentiasa konsisten mengadakan kelas kecantikan setiap minggu,lama kelamaan saya semakin mahir dan tanpa disedari saya sudah mula ada team sendiri.

Saya memberanikan diri untuk mencabar diri sendiri dan memulakan cabaran DIQ  (Director In Qualiticetion) pada bulan Ogos 2009 .Sepanjang DIQ saya masih bekerja hakiki seperti biasa dan hanya mengadakan kelas kecantikan pada setiap hujung minggu sahaja. Alhamdulillah pada November 2009 saya berjaya menjadi salah seorang Ind.Sales Director Marykay Malaysia.

Seterusnya saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya meneruskan langkah dengan lebih berani. Pada tahun 2014, saya adalah pencapai Pink Car yg ke-6 di Sabah, Tahun 2015 adalah kemuncak kejayaan terbesar saya dan unit Gemilang Bee. Unit saya berjaya menjadi Top 2 Unit Production di Seminar Malaysia/Singapore 2015,dan Top 1 Unit Production 2015 Sabah. Saya juga berjaya dalam Challenge Top Director Trip (TDT) ke Turkey dan Greece bersama suami tercinta.

Terlalu banyak peluang, pencapaian, kegembiraan, kejayaan dan penghormatan yang saya temui hanya di Marykay.

Jika saya tidak mengambil keputusan menyertai Marykay 8 tahun dulu tidak mungkin saya berpeluang mengecapi semua ini.

Berikut adalah antara pencapian pencapian tertinggi saya di Marykay:-


2009 Court of Personal Sales (BC)
November 2009  Ind. Sales Director
2011 Court of Personal Sales
2012  Court of Personal Sales
2013 Court of Personal Sales
2014 Senior Sales Director
2014 Pink Car Achiever
2014 Court of Personal Sales
2015 Macau,China Seminar
2015 Top 2 Unit Production Malaysia/Singapore Seminar 2015
2015 Court of Personal Sales
TDT Top Director Trip  2015 Turkey & Greece
Top 1 Sabah 2015


Dengan usaha berterusan dan komitmen saya terhadap perniagaan ini,saya sudah membantu 4 orangg offspring, 2 orang DIQ (setakat Februari 2016) dan220 orang Perunding Kecantikan unit saya. Misi saya adalah untuk membantu lebih ramai wanita di luar sana yg berimpian besar dan ingin mengubah hidup ke arah yg lebih baik, lebih yakin dengan penampilan kulit yang sihat serta menjana pendapatan yang lumayan.

Saya berasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan perniagaan ini, sebuah syarikat penyayang dan prihatin serta menjaga kebajikan Perunding Kecantikannya. Atas kepercayaan kepada syarikat ini, saya mengambil keputusan bersara awal dari kerja hakiki saya di sektor awam bermula pada hujung tahun 2016 ini. Saya percaya dengan memberi  komitmen sepenuh masa terhadap MaryKay, saya boleh membantu lebih ramai Perunding kecantikan unit saya serta wanita lain agar sama sama berjaya seperti saya. Akhir kata,semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi sumber inspirasi kepada anda di luar sana


Salam sayang,
Rosidah binti Santan,
Ind. Senior Sales Director.

No comments:

Post a Comment