![]() |
Koleksi premium produk penentang usia membekalkan faedah yang anda perlukan untuk kulit yang kelihatan lebih muda. Mary Kay membawakan semua faedah ini dalam satu set lengkap yang disokong oleh data klinikal untuk membekalkan hasil menakjubkan yang anda boleh saksikan sendiri.
Dinamakan Miracle Set kerana empat produk ini bertindak dengan kulit anda untuk memastikannya kelihatan sihat dan bermaya. Jika digunakan bersama, ia akan memperkuat faedah penentang usia antara satu sama lain untuk membekalkan 11 faedah menentang usia.
Fungsi dan Faedah Miracle Set
- Membersih untuk menanggalkan mekap dan kotoran
- Mengelupas untuk menanggalkan sel mati di permukaan kulit yang menjadikan kulit kusam.
- Menyegarkan kulit untuk merapi dan memperhalus pori kulit.
- Melembap untuk menghidratkan kulit supaya lembut dan licin.
- Melindungi kulit daripada ancaman matahari dan persekitaran dengan penggunaan bedak asas Mary Kay.
- Melicinkan dan melembutkan kulit
- Mengurangkan garisan halus dan kedutan
- Menegang dan mencergaskan kulit
- Membina semula kulit
TimeWise® Miracle Set ini didatangkan dalam dua set berbeza, bergantung dengan jenis kulit iaitu set Normal/Kering dan Kombinasi/Berminyak. Setiap set ini mengandungi TimeWise® 3-in-1 Cleanser, TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35 dan TimeWise® Night Solution dan TimeWise® Age-Fighting Moisturizer.
Apa yang membezakan kedua-dua set ini adalah formulasi TimeWise® 3-in-1 Cleanser dan TimeWise® Age-Fighting Moisturizer.
Dirumus khas untuk kulit normal ataupun kering, pembersih ini didatangkan dalam tekstur krim dengan biji-biji yang sangat halus. Pembersih 3 dalam 1 ini berfungsi untuk membersih, mengelupas dan menyegar dalam satu langkah mudah.
Manakala, pembersih TimeWise® 3-in-1 Cleanser untuk kulit kombinasi atau berminyak pula dirumus dalam bentuk gel, berwarna jernih dan mengandungi biji-biji yang sangat halus. Berfungsi untuk membersih, mengelupas dan menyegar, pembersih wajah ini turut diformulasi untuk mengawal minyak pada wajah.
Langkah seterusnya adalah TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35. Digunakan pada siang hari, ia bertindak untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB dengan SPF 35. Ia mengandungi formulasi yang ringan dan tidak melekit.
Pada malam hari pula, setelah membersihkan wajah, TimeWise® Night Solution akan digunakan. Apa yang menarik mengenai TimeWise® Night Solution ini adalah ia dirumus dalam encapsulated vitamin dan antioksidan yang digabung dengan peptide perangsang kolagen yang dapat mengurangkan kedutan dan garisan dalam pada kulit.
Langkah terakhir adalah TimeWise® Age-Fighting Moisturizer. Seperti dinyatakan sebelum ini, pelembap ini didatangkan dua jenis iaitu Normal/Kering dan Kombinasi/Berminyak.
Formulasi Normal/Kering bertindak membekalkan lembapan agar kulit sentiasa lembap, lembut dan gebu. Formulasi Kombinasi/Berminyak lebih berfungsi untuk menyerap dan mengawal minyak sambil melembap untuk kulit tampil matte.
- Telah diuji pakar kulit
- Bebas minyak dan wangian
- Hipoalergenik
- Diuji secara klinikal untuk kerengsaan dan alergi kulit
- Non-comedogenic (tidak membuat liang pori tersumbat)
Fakta menarik:
Proses penuaan semula jadi kulit kita bermula sekitar usia 20an. Semakin meningkat usia, kadar pembaharuan kulit menjadi perlahan. Kulit menjadi lebih kering, kurang tegang dan anjal serta kurang berseri. Faktor luaran seperti cahaya matahari serta pencemaran mempercepat kadar proses penuaan kulit.
Nak cuba?
Contact me via Whatsapp/SMS/Call
ESSD Mary Kay
Rosidah Santan
0112 668 4707/ 0111 890 7648
No comments:
Post a Comment