Thursday, 3 March 2016



         Alhamdulillah. Update terkini, bulan Mac ini terdapat dua berita gembira. Offspring saya yang keempat, SD Tamiah Tambrin berjaya dalam Challenge 'Catch the Dream' ke Dallas, USA. Beliau akan dibawa melawat kilang dan Headquarters Mary Kay di Dallas.

         Saya sangat berbangga atas pencapaian beliau. Walaupun hanya buat Mary Kay secara sambilan kerana masih bekerja hakiki di Jabatan Pendidikan Sabah tetapi beliau dapat menghabiskan Challenge ini meskipun masa agak terhad.

        Doa saya semoga SD Tamiah dan unit akan meraih kejayaan yang lebih besar lagi di masa akan datang.

Tahniah buat SD Tamiah Tambrin dan Lovely Bee Unit.

Anda hebat!!!


No comments:

Post a Comment