Thursday, 14 September 2017

Lash & Brow Building Serum



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kesayangan semua,
Hari ni kak Ida mau share rahsia macam mana mau dapatkan bulu mata yang panjang dan lebat.









Haaaa, ini lah rahsia kak Ida. Lash & Brow Building Serum MaryKay, bukan dekat bulu mata sahaja. Yang mempunyai kening yang halus tapi mendambakan kening ala-ala bollywood pun boleh. Apa yang diperlukan adalah beberapa saat setiap malam sahaja dan dalam hanya 30 hari, anda akan menyaksikan hasilnya. Mudahkan sayang-sayangku ?

Tunggu apa lagi, jadikan bulu mata nipis kepada bulu mata yang kelihatan lebih penuh, lebih tebal dan lebih lebat dan jadikan bulu kening yang bermasalah kepada bulu kening yang sihat serta kelihatan semula jadi.


TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR YANG BOLEH MEMENDEKKAN HAYAT BULU MATA:
  • ·         PENANGGALAN MEKAP YANG TERLALU KASAR
  • ·         KEKERAPAN MENGGOSOK MATA
  • ·         LENTIKAN BULU MATA YANG AGRESIF
  • ·         JUGA PROSES PENUAAN SENDIRI
  • ·         BULU KENING ANDA JUGA BOLEH MENJADI MANGSA KEPADA PENCABUTAN BERLEBIHAN
  • ·         KECECUAIAN SEMASA WAXING


KEBAIKAN LASH & BROW BUILDING SERUM:
  • ·         Membina bulu mata yang kelihatan lebih lebat dan penuh
  • ·         Meningkatkan jumlah bulu mata
  • ·         Mengurangkan keguguran bulu mata semasa menanggalkan mekap
  • ·         Memperbaiki penampilan bulu mata dan bulu kening yang nipis dan jarang
  • ·         Bulu mata kelihatan dimaksimumkan


BAGAIMANA IA BERFUNGSI:

Formula yang lembut dan selamat ini mengandungi Lash Response™ Complex yang mengandungi asid-asid amino,
suatu peptida dan ekstrak klover merah untuk membantu menyihatkan dan mengukuhkan bulu mata dan bulu kening.

Asid Amino membantu memberikan nutrisi yang penting. Oleh kerana acid amino mencipta keratin, suatu protein yang
membantu mewujudkan setiap helai rambut, ia sememangnya munasabah bahawa kewujudan acid amino yang lebih
adalah bermanfaat.

Tetrapeptida-3 membantu memperkuatkan matriks dermal kulit. Peptida ini dianggap “biomimetik” kerana ia ditemui
dalam makmal. Ia bertindak seperti protein yang dihasilkan dalam kulit yang serupa dengan pemanis tiruan yang
mempunyai rasa seperti gula tetapi ia bukan gula. Apabila ia diuji secara in vitro, peptida ini mengalakkan pengeluaran
kolagen, fibronektin dan laminin- kunci komponen utama dalam kulit yang bertanggungjawab untuk menyokong sel-sel
khusus yang kritikal kepada kitaran hayat rambut. Tanpa matriks kulit dermis yang kuat, kitaran hayat rambut akan
dipendekkan.

Klover Merah mengandungi antioksidan. Radikal bebas dikenali untuk memendekkan kitaran hayat rambut. Oleh itu,
antioksidan dari Lash Response™ Complex yang mengandungi ekstrak yang diperolehi dari klover merah, akan
meneutralkan radikal bebas.


CIRI-CIRI:
  • ·         Diuji oleh ahli oftamologi
  • ·         Sesuai untuk pengguna kanta mata
  • ·         Sesuai untuk mata sensitif

ARAHAN PEMAKAIAN:


Sebelum menggunakan Mary Kay® Lash & Brow Building Serum™ setiap malam, pastikan kulit anda bersih dan kering, dan kanta lekap telah dikeluarkan . Untuk bulu mata, sapukan formula unik yang jelas ini ke dasar bulu mata atas anda (di mana bulu mata menyentuh kulit), dari garis bulu mata dalaman ke garis bulu luaran. Ulangi pada kelopak mata yang lain. Untuk bulu kening, sapukan formula pada bahagian yang jarang atau nipis dalam arah pertumbuhan rambut. Ulangi pada bulu kening yang lain.



Friday, 8 September 2017

Indulge Soothing Eye Gel


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sayang-sayang semua,

Hari ni kak ida mau share tentang produk Indulge Soothing Eye Gel MaryKay, sesuai bagi golongan-golongan yang ingin mengurangkan sembapan di bawah mata

Kulit di bahagian mata mengandungi kelenjar lemak yang sedikit dan lapisan kolagen dan elastin yang lebih nipis berbanding bahagian lain pada muka. Apabila usia meningkat, lapisan lemak di bawah dermis akan mengecut, menyebabkan kulit kelihatan lebih tipis dan cengkung di bawah mata. Ciri-ciri unik kulit di bahagian bawah mata ini pastinya memerlukan perhatian yang lebih teliti.

Haaa, tunggu apa lagi. Dengan Indulge Soothing Eye Gel MaryKay akan menyerikan kembali wajah yang suram dengan kelembutan dan kesegaran gel biru dengan ekstrak tumbuhan yang mengembalikan tona kulit, menganjalkan dan mengurangkan bengkak di bawah mata. Indulge Soothing Eye Gel MaryKay ni juga mengandungi ekstrak teh hijau, yang terkenal dengan ciri-ciri pemusnah radikal bebas dan penyegar kulit.


MANFAAT & KEISTIMEWAAN:
  • Menenang, merawat dan menyegarkan wajah yang kelihatan suram
  • Meningkatkan lembapan kulit sehingga 130%


BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA:
  • Rumusan ekstrak tumbuhan berkesan mengembalikan tona kulit, menganjalkan dan mengurangkan penampilan bengkak di bawah mata.


CARA PENGGUNAAN:
  • Gunakan selepas sapu penyegar dikulit muka anda, kemudian sapu dengan rata disekeliling mata.