Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera sayang-sayang semua,
Hari ni kak ida mau
share tentang produk Indulge Soothing Eye Gel MaryKay, sesuai bagi
golongan-golongan yang ingin mengurangkan sembapan di bawah mata
Kulit di
bahagian mata mengandungi kelenjar lemak yang sedikit dan lapisan kolagen dan
elastin yang lebih nipis berbanding bahagian lain pada muka. Apabila usia
meningkat, lapisan lemak di bawah dermis akan mengecut, menyebabkan kulit
kelihatan lebih tipis dan cengkung di bawah mata. Ciri-ciri unik kulit di
bahagian bawah mata ini pastinya memerlukan perhatian yang lebih teliti.
Haaa, tunggu
apa lagi. Dengan Indulge Soothing Eye Gel MaryKay akan menyerikan kembali wajah
yang suram dengan kelembutan dan kesegaran gel biru dengan ekstrak tumbuhan
yang mengembalikan tona kulit, menganjalkan dan mengurangkan bengkak di bawah
mata. Indulge Soothing Eye Gel MaryKay ni juga mengandungi ekstrak teh hijau,
yang terkenal dengan ciri-ciri pemusnah radikal bebas dan penyegar kulit.
MANFAAT
& KEISTIMEWAAN:
- Menenang, merawat dan menyegarkan wajah yang kelihatan suram
- Meningkatkan lembapan kulit sehingga 130%
BAGAIMANA
PRODUK INI MEMBANTU ANDA:
- Rumusan ekstrak tumbuhan berkesan mengembalikan tona kulit, menganjalkan dan mengurangkan penampilan bengkak di bawah mata.
CARA
PENGGUNAAN:
- Gunakan selepas sapu penyegar dikulit muka anda, kemudian sapu dengan rata disekeliling mata.
Betway casino - MapyRO
ReplyDeleteBetway is an online 충청북도 출장안마 sportsbook 춘천 출장안마 that was established in 1998 제천 출장마사지 and has 서산 출장마사지 since grown into a reliable online sportsbook. 하남 출장샵 Betway Casino is licensed in Malta and is Rating: 4.3 · 14 votes