Thursday, 25 January 2018

iStory Rosidah Santan

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,

Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu sebelum saya menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan hidup saya selepas mengenali MaryKay. Nama saya adalah Rosidah Santan, atau lebih mesra lagi boleh panggil Ida atau Kak Ida.

Saya mengenali MaryKay hampir 10 tahun yang lalu.Pada mulanya saya hanya berhasrat untuk jaga kulit sendiri di samping mencari sedikit income. Saya seorang yang tidak menjaga kecantikan dan tidak tahu menjaga kulit.saya langsung tidak tahu  bersolek.Disebabkan saya membiarkan kulit saya tanpa jagaan,kulit saya mula rosak.Pipi saya dipenuhi jeragat yang agak teruk.


Pertama kali join skincare class saya terus jatuh hati dengan produk.Tapi pada masa itu saya tidak mampu beli sebab gaji saya tidak cukup untuk membeli sebarang produk. Saya hanya berkerja sebagai pembantu tadbir di salah sebuah jabatan kerajaan dan gaji bersih saya hanya dlm sekitar rm800. Dengan gaji itu saya perlu membantu suami membayar taska anak dan membeli keperluan anak.


Gaji saya dan suami tidak mencukupi.Biasa sekitar 10hb setiap bulan kami mula kehabisan wang.Saya terpaksa berjimat untuk mencukupkan bajet hingga tunggu masa gaji pada 25hb setiap bulan.Bayangkan 15 hari tunggu hari gaji dg kewangan yang sangat kritikal. Saya berusaha berjimat untuk mendapatkan produk MaryKay dan menabung sedikit demi sedikit .akhirnya saya berjaya pakai full set botanical setelah beberapa bulan menyimpan duit.

Sebulan setelah menggunakan produk ini kawan-kawan mula menegur perubahan kulit saya,saya perasan kesan jeragat mula berkurang.saya jadi sangat happy dan mula terfikir untuk menjadikan produk ini sebagai side income

Akhirnya saya join MaryKay pada sept 2008. Saya belajar dari step by step. Dulu di Sabah Mary Kay sangat baru. Tidak ramai Director dan beauty consultant pun hanya beberapa orang. Saya terpaksa berulang alik belajar skincare class atau menghadiri training ke Kota Kinabalu yang perlu mengambil masa dlm 2 jam dari tempat saya. Pada masa itu saya tdk mempunyai kereta sendiri, saya hanya guna pengangkutan awam ke sana sini buat skincare dan menjalankan aktiviti MaryKay saya.


Saya juga seperti anda yang menghadapi pelbagai dugaan,rintangan,ujian awal pembabitan saya dalam perniagaan ini Antara halangan saya adalah,anak-anak saya masih kecil dan saya tidak ada pembantu rumah. Saya terpaksa meminta bantuan ahli keluarga yang lain sekiranya saya mahu keluar untuk aktiviti MaryKay.


Saya juga tidak dapat bergerak dengan cepat ke sana sini sebab saya tidak ada kenderaan sendiri.Jadi saya terpaksa guna bas awam atau teksi sapu. Saya juga mengalami kesukaran memperkenalkan produk ini disebabkan mentality orang sekitar saya yang susah menerima produk dari luar negara  dan mengatakan produk ini sangat mahal.

Saya selalu menerima rejection.tapi saya tidak putus asa. Saya konsisten belajar dan perbaiki skill closing dan skincare class saya. Akhirnya saya sangat happy bila dapat menguasai skill Skincare Class yang mantap.Closing sales saya selalu dapat dalam rm500-rm1000 tiap kali buat skincare class.
Dengan hanya buat MaryKay secara part-time,sabtu dan ahad adalah hari MaryKay.Saya penuhi masa 2 hari ini dengan skincare class ke sana ke sini.saya bergerak dari satu daerah ke satu daerah.Ada kalanya memakan masa sehingga 7 jam dalam perjalanan.Kadang jika kebetulan suami kelapangan, dia dan anak-anak turut menemani saya ke sana ke sini.

Hasil penat lelah,saya berjaya dapat untung bersih dlm 2-3k sebulan.(hasil sales)Dalam masa 14 bulan akhirnya saya berjaya menjadi ind.Sales Director pada november 2009.

Bermulalah hidup saya sebagai pekerja yang berkerja di sektor awam dan dalam masa yang sama menjadi leader dalam unit saya.Saya harus pandai membahagi masa dan perlu tumpuan untuk membangunankan unit saya Gemilang Bee tanpa menjejaskan kerja hakiki.

ISTORY AKAN DISAMBUNG KEMUDIAN.

Sekiranya anda mempunyai impian yang sama dengan saya, sekiranya anda mahu menjadi sebahagian dengan keluarga Marykay. Boleh hubungi saya di 011-26684707






New !! TimeWise® Replenishing Serum+C®

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,




Harini saya mahu cerita sedikit mengenai New TimeWise® Replenishing Serum+C ! MaryKay telah mengeluarkan botol baru untuk TimeWise® Replenishing Serum+C, agar kita pengguna setia MaryKay boleh menggunakan TimeWise® Replenishing Serum+C dengan tempoh lebih lama dan lebih berjimat. Bestkan MaryKay ni ? MaryKay mahukan yang terbaik buat pengguna MaryKay agar kita lebih berpuas hati. Mahu tahu rupa botol terbaru MaryKay ?

Haaa, inilah botol baru TimeWise® Replenishing Serum+C


Mahu tahu kelebihan serum ini? Teruskan membaca yaa. Serum C cepat menyerap ini diformulasi daripada pelbagai sumber botani vitamin C yang terbukti secara klinikal keberkesanannya dapat mencegah penguraian kolagen sedia ada agar kulit tampil lebih berseri dan lebih anjal. 
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin, menjadi kontur muka kelihatan muda
  • Mengurangkan garisan-garisan halus dan kedutan, dari segi bilangan, kepanjangan dan kedalamannya
  • Meningkatkan kejernihan kulit agar wajah tampak lebih cerah dan berseri.
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas yang membuat kulit tampak tua dari umur sebenar

Cara Penggunaan:

Serum ini dipakai selepas menggunakan Freshener/Softener dan sebelum langkah Moisturizer/Hydrate.
  1. Sapu dan ratakan serum secara sekata ke seluruh muka menghala ke atas dan ke luar.
  2. Gunakan pada pagi dan malam dalam kuantiti yang sama.
  3. Simpan dalam suhu bilik terkawal (15-30 darjah Celsius).
Mahu cuba ? Mahu tahu lebih lanjut ? Boleh, hubungi saya di 011-26684707