Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,
Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu sebelum
saya menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan hidup saya selepas mengenali
MaryKay. Nama saya adalah Rosidah Santan, atau lebih mesra lagi boleh panggil
Ida atau Kak Ida.
Saya mengenali MaryKay hampir 10 tahun yang lalu.Pada
mulanya saya hanya berhasrat untuk jaga kulit sendiri di samping mencari
sedikit income. Saya seorang yang tidak menjaga kecantikan dan tidak tahu
menjaga kulit.saya langsung tidak tahu
bersolek.Disebabkan saya membiarkan kulit saya tanpa jagaan,kulit saya
mula rosak.Pipi saya dipenuhi jeragat yang agak teruk.
Pertama kali join skincare class saya terus jatuh hati dengan
produk.Tapi pada masa itu saya tidak mampu beli sebab gaji saya tidak cukup
untuk membeli sebarang produk. Saya hanya berkerja sebagai pembantu tadbir di salah sebuah
jabatan kerajaan dan gaji bersih saya hanya dlm sekitar rm800. Dengan gaji itu
saya perlu membantu suami membayar taska anak dan membeli keperluan anak.
Gaji saya dan suami tidak mencukupi.Biasa sekitar 10hb
setiap bulan kami mula kehabisan wang.Saya terpaksa berjimat untuk mencukupkan
bajet hingga tunggu masa gaji pada 25hb setiap bulan.Bayangkan 15 hari tunggu
hari gaji dg kewangan yang sangat kritikal. Saya berusaha berjimat untuk mendapatkan produk MaryKay dan
menabung sedikit demi sedikit .akhirnya saya berjaya pakai full set botanical
setelah beberapa bulan menyimpan duit.
Sebulan setelah menggunakan produk ini kawan-kawan mula menegur perubahan kulit saya,saya perasan kesan jeragat mula berkurang.saya jadi sangat happy dan mula terfikir untuk menjadikan produk ini sebagai side income
Akhirnya saya join MaryKay pada sept 2008. Saya belajar dari step by step. Dulu di Sabah Mary Kay sangat
baru. Tidak ramai Director dan beauty consultant pun hanya beberapa orang. Saya
terpaksa berulang alik belajar skincare class atau menghadiri training ke Kota
Kinabalu yang perlu mengambil masa dlm 2 jam dari tempat saya. Pada masa itu
saya tdk mempunyai kereta sendiri, saya hanya guna pengangkutan awam ke sana
sini buat skincare dan menjalankan aktiviti MaryKay saya.
Saya juga seperti anda yang menghadapi pelbagai
dugaan,rintangan,ujian awal pembabitan saya dalam perniagaan ini Antara halangan saya adalah,anak-anak saya masih kecil dan
saya tidak ada pembantu rumah. Saya terpaksa meminta bantuan ahli keluarga yang
lain sekiranya saya mahu keluar untuk aktiviti MaryKay.
Saya juga tidak dapat bergerak dengan cepat ke sana sini sebab
saya tidak ada kenderaan sendiri.Jadi saya terpaksa guna bas awam atau teksi
sapu. Saya juga mengalami kesukaran memperkenalkan produk ini disebabkan mentality
orang sekitar saya yang susah menerima produk dari luar negara dan mengatakan produk ini sangat mahal.
Saya selalu menerima rejection.tapi saya tidak putus asa. Saya
konsisten belajar dan perbaiki skill closing dan skincare class saya. Akhirnya
saya sangat happy bila dapat menguasai skill Skincare Class yang mantap.Closing
sales saya selalu dapat dalam rm500-rm1000 tiap kali buat skincare class.
Dengan hanya buat MaryKay secara part-time,sabtu dan ahad
adalah hari MaryKay.Saya penuhi masa 2 hari ini dengan skincare class ke sana ke sini.saya
bergerak dari satu daerah ke satu daerah.Ada kalanya memakan masa sehingga 7
jam dalam perjalanan.Kadang jika kebetulan suami kelapangan, dia dan anak-anak
turut menemani saya ke sana ke sini.
Hasil penat lelah,saya berjaya dapat untung bersih dlm 2-3k
sebulan.(hasil sales)Dalam masa 14 bulan akhirnya saya berjaya menjadi
ind.Sales Director pada november 2009.
Bermulalah hidup saya sebagai pekerja yang berkerja di
sektor awam dan dalam masa yang sama menjadi leader dalam unit saya.Saya harus
pandai membahagi masa dan perlu tumpuan untuk membangunankan unit saya Gemilang
Bee tanpa menjejaskan kerja hakiki.
ISTORY AKAN DISAMBUNG KEMUDIAN.
ISTORY AKAN DISAMBUNG KEMUDIAN.
Sekiranya anda mempunyai impian yang sama dengan saya, sekiranya anda mahu menjadi sebahagian dengan keluarga Marykay. Boleh hubungi saya di 011-26684707
No comments:
Post a Comment