Monday, 19 November 2018

TimeWise® Microdermabrasion Plus Set

Faktor yang mempengaruhi saiz pori-pori:

1. Pori Tersumbat:

saiz pori-pori dapat membesar ketika ada kotoran, sel kulit mati dan minyak yang terperangkap di dalamnya. Biasanya pori-pori di bahagian hidung, pipi, dan kening terlihat lebih besar berbanding kawasan lain. kerana produksi sebum di kawasan ini adalah lebih aktif. jika tidak dibersihkan, pori yang tersumbat ini akan membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan masalah whitehead/blackhead atau jerawat.

2. Faktor usia:

apabila usia semakin meningkat, fungsi kolagen dalam kulit semakin kurang efektif. kolagen adalah jaringan protein yang berfungsi untuk memberi keanjalan kulit. Kulit yang menua dan mengendur tentu akan membuat pori-pori nampak semakin besar.

============================================
Pentingnya rutin Exfoliation/menyental!

✔️ fungsinya adalah untuk menyental sel kulit mati & membersihkan kotoran yang tersumbat dalam pori.

Bagaimana untuk Exfoliate/Menyental?

✔️ gunakan masker, skrub sekurang-kurangnya 2x seminggu. maksimum 3x seminggu.
✔️ anda boleh gunakan alat seperti Cleansing Brush utk membersihkan kulit dengan lebih sempurna. kerana bulu berus yang halus akan dapat capai lubang pori berbanding menggunakan tangan untuk membersih muka.

**anda boleh gunakan Skinvigorate Cleansing Brush Mary Kay untuk mencuci wajah anda utk hasil maksima.
===========================================

Kak Idah cadangkan anda gunakan TimeWise® Microdermabrasion Plus Set ini😍

Apa yang best set ini?

♥ Meningkatkan tekstur kulit secara dramatik
♥ Meminimumkan garis-garis halus pada kulit
♥ Membersih dan mengecilkan pori
♥ Memudarkan parut
♥ Mencegah kulit kusam

Set ini terdapat 2 item:
1. Microdermabrasion Refine

Membersih dan membuang sel kulit mati dengan lembut dengan skrub halus dan memberikan hasil kulit yang tampak lebih sihat.

2. Pore Minimizer
🌻 Ekstrak kulit kayu sutera parsi dan ekstrak kacang soya 🌻
-Menyokong protein kulit, membantu mengetatkan kulit secara keseluruhan dan sekitar liang. Meningkatkan keanjalan kulit

🌻 Ekstrak cambuk laut dan ekstrak buah evodia
-Berfungsi sbg penenang kulit dan membuatkan kulit rasa selesa.

**Sesuai untuk semua jenis kulit (Kering/Normal/Berminyak)
**tidak sesuai untuk kulit sensitif

No comments:

Post a Comment