Wednesday 4 October 2017

TimeWise Repair® Lifting Bio-Cellulose Mask

Assalamualaikum dan salam pagi sayang-sayang semua,


Hari ni kak Ida mau share produk terbaru dari MaryKay, teruja tidak nampak gambar diatas ? haaaa, nampak best kan. Ini adalah masker terbaru yang diinspirasikan dari Korea. Sayang-sayang semua akan melihat perubahan yang ketara serta menyerlahkan kecantikan kulit anda hanya dalam dua minggu. “K-Beauty” adalah trend terkini dari dunia kecantikan Korea yang terkenal dengan penciptaan inovasi penjagaan kulit yang terbaru dan paling menarik. K-Beauty menginspirasi produk terbaru edisi terhad Mary Kay® TimeWise Repair®Lifting Bio-Cellulose Mask - tambahan yang ideal untuk rejimen penjagaan kulit anda:

• Kulit lebih anjal dan berseri dalam
masa dua minggu sahaja *
• Ujian klinikal menunjukkan tahap
kelembapan kulit meningkat dan
bertahan selama 24 jam**


Bahan Inovatif
Bio-selulosa adalah bahan berasaskan tumbuhan yang diperoleh daripada air kelapa. Gentian salingannya menghasilkan “fabrik” yang mudah menyerap,membolehkan masker menyerap bahan ramuan yang bermanfaat yang termasuk ekstrak kernel oat, ekstrak orkid dan natrium hyaluronat yang diketahui untuk faedah pengkondisian kulit.

Face-Hugging Fit
Bahan-bahan bio-selulosa yang fleksibel ini memberikan masker premium dipakai dengan selesa, face- hugging fit yang bersesuaian menjadikan kulit bersentuhan dengan kompleks selama 20 hingga 30 minit.

Cara Penggunaan Masker
1 Keluarkan masker dari paket . Masker dilindung di antara dua lapisan pelindung. Keluarkan lapisan pertama, dan gunakan masker pada muka yang bersih dan kering.
2 Letakkan pada kedudukan dahi, pipi, hidung, mulut dan mata.
3 Licinkan masker perlahan sehingga ia sepenuhnya dilekat pada kulit (flap kelopak mata boleh dilipat belakang atau ditinggalkan di mata tertutup).
4 Alihkan lapisan atas dengan berhati-hati.
5 Biarkan selama 20 hingga 30 minit.
6 Keluarkan masker; jangan bilas.
7 Urut perlahan-lahan apa-apa produk yang tinggal ke kulit. Membuang masker; jangan gunakan semula.


Sekiranya sayang-sayang mengunakan bersama rejimen penjagaan kulit TimeWise Repair® dua kali seminggu selama dua minggu dengan rawatan muka intensif yang memberikan manfaat keanjalan dan ketegangan kulit. Majoriti wanita bersetuju:

Selepas penggunaan tunggal:
• Masker meningkatkan tahap kelembapan kulit selama 24 jam. 
• Kulit kelihatan lebih berseri, lembut dan licin.
Selepas dua minggu penggunaan: 
• Kulit kelihatan lebih anjal.
• Kulit kelihatan lebih muda.
• Kulit kelihatan lebih bermaya.
Selepas empat minggu penggunaan:
• Penampilan garis-garis halus dan kedutan berkurangan

Tunggu apa lagi, hubungi kak Ida atau perunding kecantikan anda untuk mencuba produk atau penerangan yang lebih lanjut.

No. Phone: 011-26684707
Facebook: Idah Idah Rosidah

1 comment:

  1. Slots | The most trusted online casino site | LuckyClub Live
    It is also called a bingo, sportsbook, casino, and sports betting 카지노사이트luckclub site. Slots.lv Casino is one of the most popular online casinos around in the world. With over 30000

    ReplyDelete